RSS

Monday, August 27, 2012

SUBMIT ORDER Kindly fill in the order form and we will contact you within 24 hours. 
Name
Email
Phone No
Delivery Address
Order Item, Description
Note

Wednesday, August 31, 2011

1st Raya with Hadif Hafifi =)

Baru nak free update blog..Raya thn ni turn hubby kt Keratong sbb thn lepas dh turn Penang...Alhamdulillah jalan langsung xjem..perjalanan amek msa 3jam la jg..tp best sbb hati berbunga2 nk raya dh..tambahan hadif pn excited nk raya..sepanjang jalan xlena langsung..hihihi..tgk la gelagat hadif dlm perjalanan menuju ke kg =)









Bab nak bergaya mmg Hadif sgtlah suka..sunglasses tu plg best tp hayat xpanjang..patah 2 ngn cousin dia..hihi..noty sgt abg Danish...alaa besa la budak2..

hari raya yang dinanti telah tiba..30 Ogos 2011 =) menu kami kt sana besa la ketupat nasi ngan rendang and requested by mother in law ku ialah spegeti..haha..aku pn msk la spegeti cm biasa..lawaknya..father in law jawab apa bila tetamu tanya..."wak, mee jawa ke ni?"...my father in law pn iyeeekan jeee...haha...mee jawa pn mee jawa la...=P

ni serba sikit pic keluarga msa raya..check it outtt!!!






Monday, June 20, 2011

Ke arah kejelitaan..SIRI 2

Kali ni nk share pasal petua rawatan untuk wajah...SELAMAT MENCUBA! =)

1. AWET MUDA

Makan daun pudina mentah setiap hari sebagai ulam-ulaman ketika makan nasi. Amalkan selalu untuk naikkan seri dan awet muda =)




2. ATASI KULIT MUKA BERMINYAK




Ramas daun sirih di dalam secawan air. Selepas itu, sapukan pada seluruh muka dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Lakukan 3x seminggu berturut2 untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.






3. ATASI KULIT MUKA KERING


Tumbuk lumat beberapa kelopak kubis kemudian campurkan dengan sedikit madu lebah. Sapukan campuran tadi di muka setiap 1jam sebelum mandi pada waktu pagi dan petang. Amalkan selama seminggu InsyaAllah akan nampak hasilnya=)




4. MENAIKKAN SERI PENGANTIN


Amalkan memakan kelopak bunga mawar selama 44hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan membaca selawat ke atas Nabi S.A.W., Al-Fatihah dan doa Nabi Yusuf =)




5. MENANGGALKAN SEL MATI


Campurkan 2 sudu teh oat dengan 1 sudu makan minyak sayuran. Kacau hingga sebati. Campurkan sedikit air sebelum disapu pada muka dan badan. Biarkan selama 20minit dan bilas hingga bersih. Ia bukan shj menanggalkan sel kulit mati dan kotoran malah merangsang peredaran darah.

6. MENYEGARKAN KULIT MUKA


Perahkan limau nipis lebih kurang 4 sudu makan dan campurkan dengan 1 sudu kecil madu. Sapukan pada muka dan biar selama 1 jam. Bersihkan dengan air suam. Boleh jg dijadikan masker untuk mengecilkan pori-pori. Amalkan 2x seminggu.




7. MENAMBAHKAN SERI WAJAH

Rebus segenggam daun inai hingga bertukar kemerah-merahan. Apabila sejuk, basuh muka sambil berselawat 3x. Amalkan 3 malam berturut-turut dan lihatlah perbezaannya =)

Friday, May 20, 2011

Ke arah kejelitaan..SIRI 1

Bukan senang nk cantik..bukan ssh nk hodoh..haha..bole ke cmtu..conclusionnye..klu rajin bertambah cantiklah kte..bkn xcantik klu xrajin..hikhik =)

ni ada beberapa petua lama yg bole dikongsi untuk tampak cantik dan jelita =)

1. SELAMAT TINGGAL JERAWAT!

Campurkan serbuk kayu manis dengan bedak sejuk dan sedikit air..gaul jadikan masker dan gosok di muka sebelum tido..lakukan sekerap yang boleh..InsyaAllah positif =)








Tumbuk seulas bawang putih yang telah dibuang kulitnye..titik pada jerawat secara melata pada muka..titik sebelum tido..amalkan setiap malam..selamat mencuba =)




2. ELAK MUKA SEMBAB


Jemur hingga kering 10 keping kulit buah rambai. Tumbuk halus dan cmpurkn dengan sedikit bedak sejuk. Jadikan bedak sejuk dan pakai pada setiap malam sebelum tidur.







3. CERAHKAN KULIT MUKA


Parut seketul ubi kayu dan tepekkan pd muka. Biarkan hingga kering dan cuci muka dengan air suam. Amalkan setiap malam.








Campurkan tepung sagu engan air. Sapukan pada muka sebagai bedak sajuk. Lakukan setiap hari =)





4. SCRUB PENCERAH TUBUH



Goreng beras tanpa minyak selama 10 minit. Kemudian kisarkan hingga halus. Gosokkan ke tubuh ketika mandi. Amalkan 3x seminggu. Selain cerah, kulit akan menjadi lembut.



5. MEMERAHKAN PIPI




Sapukan hampas teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan beberapa minit kemudian bilas.


Monday, April 18, 2011

Koleksi Doa - Siri 2

Salam semua...kt cni aku nk sambung perkongsian doa-doa yg amat berguna dlm kehidupan seharian kta..

koleksi doa ni boleh didapati di Sini

selamat beramal :)

DOA AGAR DAPAT BAYAR HUTANG







Ertinya: Ya Allah, cukuplah dengan yang dihalalkan oleh Engkau, jauhkanlah dari yang diharamkan oleh Engkau, layakkanlah aku dengan anugerah Engkau, jauhkanlah aku daripada mengharap-harap selain dari Engkau.  


DOA MENGHILANGKAN PENYAKIT PADA DIRI SENDIRI




Ertinya: Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi pengasih (3x). Aku berlindung kepada Allah dengan kemuliaanNya dan kuasaNya daripada kejahatan apa yang aku temui dan aku takuti.

DOA MENOLAK GANGGUAN SYAITAN KETIKA SOLAT


Ertinya: Ya Allah! Aku berlindung kepada Engkau daripada gangguan Syaitan dan aku berlindung kepada Engkau dari kedatangan mereka.  

DOA SUPAYA DIAMPUNI TUHAN DARI SEGALA KESALAHAN




Ertinya: Ya Allah! Ampunilah dosaku, kesalahanku, kebodohanku segala sesuatu yang melampaui batas dan segala yang Engkau lebih mengetahui dariku.


DOA UNTUK IBU BAPA





Ertinya: Ya Allah! Ampunilah aku dan ibu bapaku, kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil.








Sunday, March 27, 2011

Perjalanan terakhir...menuju ke jalan yang kekal abadi!

marilah kte sme2 menginsafi diri dalam menjalani kehidupan di dunia dan di akhirat...
"Ya Allah..aku hambaMu yang lemah..ku mohon agar di jauhi daripada azab api neraka..Amin..."


sama2lh kta menginsafi diri dalam menuju ke jalan yang kekal abadi =)

Thursday, February 10, 2011

Koleksi Doa - Siri 1

Salam semua...kt cni aku nk kongsi doa-doa yg amat berguna dlm kehidupan seharian kta..

koleksi doa ni boleh didapati di Sini

selamat beramal :)

DOA BANGUN TIDO





Ertinya: Segala Puji bagi Allah yang menghidupkan kami sesudah mati(tidur) kami dan kepadaNya kami kembali.




Ertinya: Segala Puji bagi Allah yang mengembalikan roh kepadaku dan menyihat-kan jasadku.


DOA MASUK TANDAS



Ertinya: Dengan nama Allah, Ya Allah sesungguhnya Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan-syaitan.


DOA KELUAR TANDAS




Ertinya: Segala Puji bagi Alllah yang telah menghilangkan apa yang menyakitkan aku dan menyihatkan diriku.



DOA SESUDAH BERSUCI






Ertinya: Ya Allah! Sucikanlah hatiku daripada nifaq (pura-pura Islam) dan peliharalah kemaluanku dari perbuatan keji.


DOA APABILA BERWUDUK






Ertinya: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala Puji bagi Allah yang menjadikan air itu suci.


DOA KETIKA MENCUCI MUKA SESUDAH NIAT






Ertinya: Ya Allah! beri cahaya wajahku pada hari bercahaya muka-muka orang mukmin dan hitamnya muka-muka orang kafir.


DOA KETIKA MENCUCI TANGAN KANAN


Ertinya: Ya Allah! berikanlah kepadaku kitabku dari sebelah kanan dan hitunglah amalanku dengan perhitungan yang mudah.


DOA KETIKA MENCUCI TANGAN KIRI






Ertinya: Ya Allah! aku berlindung denganMu dari menerima kitab amalanku dari sebelah kiri atau dari sebelah belakang.