Kali ni nk share pasal petua rawatan untuk wajah...SELAMAT MENCUBA! =)
1. AWET MUDA
Makan daun pudina mentah setiap hari sebagai ulam-ulaman ketika makan nasi. Amalkan selalu untuk naikkan seri dan awet muda =)
2. ATASI KULIT MUKA BERMINYAK
Ramas daun sirih di dalam secawan air. Selepas itu, sapukan pada seluruh muka dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Lakukan 3x seminggu berturut2 untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
3. ATASI KULIT MUKA KERING
Tumbuk lumat beberapa kelopak kubis kemudian campurkan dengan sedikit madu lebah. Sapukan campuran tadi di muka setiap 1jam sebelum mandi pada waktu pagi dan petang. Amalkan selama seminggu InsyaAllah akan nampak hasilnya=)
4. MENAIKKAN SERI PENGANTIN
Amalkan memakan kelopak bunga mawar selama 44hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan membaca selawat ke atas Nabi S.A.W., Al-Fatihah dan doa Nabi Yusuf =)
5. MENANGGALKAN SEL MATI
Campurkan 2 sudu teh oat dengan 1 sudu makan minyak sayuran. Kacau hingga sebati. Campurkan sedikit air sebelum disapu pada muka dan badan. Biarkan selama 20minit dan bilas hingga bersih. Ia bukan shj menanggalkan sel kulit mati dan kotoran malah merangsang peredaran darah.
6. MENYEGARKAN KULIT MUKA
Perahkan limau nipis lebih kurang 4 sudu makan dan campurkan dengan 1 sudu kecil madu. Sapukan pada muka dan biar selama 1 jam. Bersihkan dengan air suam. Boleh jg dijadikan masker untuk mengecilkan pori-pori. Amalkan 2x seminggu.
7. MENAMBAHKAN SERI WAJAH
Rebus segenggam daun inai hingga bertukar kemerah-merahan. Apabila sejuk, basuh muka sambil berselawat 3x. Amalkan 3 malam berturut-turut dan lihatlah perbezaannya =)












