Salah satu kebahagiaan bagi para suami adalah isteri yang solehah. Kriteria isteri pilihan bukanlah faktor cantik semata-mata, bukanlah soal pangkat, darjat atau sebagainya tapi....SOLEHAH! Menurut Nabi Muhammad S.A.W., solehah adalah kebahagiaan yang menenangkan bagi suami. "Isteri yang solehah" adalah apabila orang yang mahu bahagia itu lelaki..begitu juga perempuan, kerana kebahagiaan perempuan adalah seorang suami yang soleh.
Semua wanita yang bergelar isteri mengidamkan untuk menjadi seorang yang solehah buat suaminya. Apakah yang dimaksudkan dengan solehah? Solehah bermaksud tertib dan baik. Isteri yang solehah sentiasa bersikap baik kepada suami, anak-anak, menjaga adap sopan sebagai isteri, tahu tannggungjawab di rumah, di pejabat, menjaga maruah diri sendiri, suami dan keluarga serta tidak lupa tanggungjawab kepada Allah S.W.T.
Bukan susah nak jadi isteri solehah kawan-kawan..hanya dengan senyuman yang manis sudah mampu menduduki carta sebagai isteri solehah di mata suami. Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda bahawa "isteri solehah adalah seorang yang menggembirakan suami apabila suami melihat kepadanya". Sejuk mata suami memandang kejelitaan isteri apabila pulang ke rumah setelah penat bekerja. Suami mana yang tak mahu layanan kelas pertama jika si isteri sentiasa tersenyum melayan dan menggembirakan suami..:)
Justeru, isteri harus ikhlas memanjakan suami supaya terus disayangi dan di angkat menjadi wanita atau isteri solehah di mata suami. Dengan kata lain, seseorang isteri haruslah sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya. (Riwayat Ibnu Majah).
ni pic mse xkawen lg..hihi...p mkn pizza ngn bakal mertua..xsabar menanti 14 feb 2010..my engagement day...hihi..
"Ya Allah, aku hambaMu yang lemah, aku mohon bantulah aku untuk menjadi seorang isteri yang solehah kepada bakal suamiku Mohd Syahril Bin Mohd Jamil kelak..Amin"
"Ya Allah, aku hambaMu yang lemah, aku mohon bantulah aku untuk menjadi seorang isteri yang solehah kepada bakal suamiku Mohd Syahril Bin Mohd Jamil kelak..Amin"
Inilah sebahagian daripada sahsiah isteri yang seharusnya ada pada setiap wanita untuk mencapai kesempurnaan hidup berkeluarga dan mendapat keredhaan Allah yang diharapkan oleh setiap suami seperti doa Nabi Daud a.s.:
"Ya Allah, aku mohon kepada-Mu dikurniakan seorang isteri yang solehah, yang dapat membantuku menyelesaikan urusan duniaku dan urusan akhiratku.''





